ISRA' DAN MI'RAJ NABI MUHAMMAD
Peristiwa Israk Mikraj Nabi Muhammad s.a.w. – 27
Rojab
1. Sebelum
Israk dan Mikraj
Rasulullah S. A. W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan
oleh malaikat Jibrail dan Mika’il. Hati Baginda S. A. W.. dicuci dengan air
zamzam, dibuang ketul hitam (‘alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan
waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman. ke dalam dada Rasulullah
S. A. W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan “khatimin
nubuwwah”. Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk
ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan “Israk”
itu.
2. Semasa
Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa):
Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S. A. W. diiringi
(ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu
(tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail
supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat
berkenaan ialah:
i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan
melakukan hijrah. ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A. S. menerima
wahyu daripada Allah; iii. Baitul-Laham (tempat Nabi ‘Isa A. S. dilahirkan);
Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S. A. W. menghadapi
gangguan jin ‘Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa
simbolik yang amat ajaib. Antaranya :
- Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka.
apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi
dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S. A. W. dibertahu oleh
Jibrail : Itulah kaum yang berjihad “Fisabilillah” yang digandakan pahala
kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.
- Tempat yang berbau harum. Rasulullah S. A. W. diberitahu oleh
Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir’aun) bersama
suaminya dan anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan
iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir’aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah
(tak mahu mengakui Fir’aun sebagai Tuhan).
- Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap
kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian
dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang
berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).
- Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan
dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka
makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang
yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.
- Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang
busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki
dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu
masing-masing mempunyai isteri / suami.
- Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu.
Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.
- Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya
memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak
dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.
- Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan
penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka
kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan
mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.
- Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga
mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan
menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.
- Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit.
Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang
bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.
- Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai
perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika
Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan
dunia daripada akhirat.
- Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh
Rasulullah berhenti. Rasulullah S. A. W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail:
Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.
- Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk
bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua
dan menanti saat hari kiamat.
Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian
masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala
anbia` dan mursalin menjadi makmum.
Rasulullah S. A. W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana
yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata
Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya
ramai umat baginda akan menjadi sesat.
3. Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah):
Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S.
A. W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit
dunia (pintu Hafzhah).
Langit Pertama: Rasulullah S. A. W. dan Jibrail masuk ke langit
pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A. S. Kemudian dapat melihat
orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina
yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung
pada susu penzina perempuan.
Langit Kedua: Nabi S. A. W. dan Jibrail naik tangga langit yang
kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi ‘Isa A. S. dan Nabi Yahya A. S.
Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A. S.
Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi
Idris A. S.
Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun
A. S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.
Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi.
Seterusnya dengan Nabi Musa A. S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh
Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000
orang yang masuk syurga tanpa hisab.
Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh
lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di
Baitul-Ma’mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S. A. W., Nabi
Ibrahim A. S. bersabda, “Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini.
Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha’if, maka berdoalah untuk umatmu.
Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu lah HAULA WALA QUWWATA ILLA
BILLAH”. Mengikut riwayat lain, Nabi Irahim A. S. bersabda, “Sampaikan salamku
kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan
tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA lah
ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA lah HAULA WA lah QUWWATA ILLA BILLAHIL-
‘ALIYYIL-’AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan
sepohon pokok dalam syurga”. Setelah melihat beberpa peristiwa! lain yang
ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang
(Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).
11x. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut “al-Kursi” yang berbetulan
dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. menyaksikan pelbagai
keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak
dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna
dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas
berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah
S. A. W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga.
Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik
penunggunya.
1x. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok
Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa
dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur
‘Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya
tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.
x. Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S. W. T. dengan mata
kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad,
Rasul-Nya:
Allah S. W. T : Ya Muhammad. Rasulullah : Labbaika. Allah S. W. T :
Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan. Rasulullah : Ya, Rabb.
Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang
besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang
besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman
yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman
menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan ‘Isa Taurat dan
Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan
menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan. Allah
S. W. T : aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai
berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu.
Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu
pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku
kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah
al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah ‘Arasy. Aku berikan habuan
daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku
kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah
panji-panjimu. Dan aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu)
sembahyang.
4. Selesai munajat, Rasulullah S. A. W. di bawa menemui Nabi
Ibrahim A. S. kemudian Nabi Musa A. S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S.
A. W. merayu kepada Allah S. W. T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah
waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima
waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari
semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.
5. Selepas Mikraj
Rasulullah S. A. W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun
ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam
yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang
kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib
itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab,
kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu’alam.
(Sumber : Kitab Jam’ul-Fawaa`id) Kesimpulannya, peristiwa Israk dan
Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap
kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran
di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi
perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan
pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan
kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.
Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan
dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada
melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk
menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut).
Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak
mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada
mereka.
Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang
membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu
Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada
Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.
Mafhum Firman Allah S. W. T. : “Maha Suci Allah yang telah
memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil
Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya
sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha
Mendengar lagi Maha Melihat.” (Surah Al-Israa’: Ayat 1). wallahua’lam..
Comments
Post a Comment
bismillahi....